Homestay Untuk Rombongan dan Rombongan Sekolah

Mahsul Sejahtera
0

Homestay Kesidang juga menyediakan penginapan untuk rombongan terutamanya rombongan sekolah. Homestay Kesidang Moon dan Kesidang Lia yang terletak berdekatan cukup ideal untuk penginapan rombongan sekolah dimana satu homestay untuk murid lelaki dan satu homestay untuk murid perempuan. Sekiranya anda memerlukan 3 unit homestay juga kami boleh uruskan



Harga Pakej adalah seperti berikut: (Untuk Rombongan seramai 40 orang)

Pakej Rombongan sekolah Melaka

Kereta Sewa Melaka
Kereta Sewa Melaka
Sewa Kereta Melaka

Pakej ini juga sesuai bagi guru-guru yang membawa pasukan sukan sekolah yang bertanding pada peringkat MSSN dan juga MSSM kerana di samping kemudahan untuk parking bas, padang permainan yang terdapat di depan homestay juga sesuai untuk dijadikan padang untuk warm-up. Walau bagaimanapun ia tidak sesuai untuk latihan.

Pakej terdiri dari:

  • Maksimum satu rumah termasuk guru adalah seramai 20 orang.

  • Rumah terletak berhampiran  (dapur bertemu dapur)

  • Rumah ini juga mengandungi 2 ruang tamu yang luas.

  • Toto dan bantal extra disediakan.

  • Setiap rumah dilengkapi dengan 2 unit pendingin hawa dan satu bilik kipas.

  • 2 unit rumah teres satu tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air setiap rumah. 

  • Amat sesuai sekiranya rombongan mengandungi murid lelaki dan perempuan. Satu rumah untuk murid lelaki dan satu rumah untuk murid perempuan.


Lokasi Homestay

Homestay di Bandar Melaka






Tempat-tempat Menarik Berhampiran:

  • Bandar Melaka
  • 2.5 - 3.0 km ke Stadium Hang Tuah/UTC
  • 2.5 - 3.0 km ke UiTM, Kolej Profesional MARA, MiCOST, Medan MARA
  • 2.5 - 3.0 km ke River Cruise/Hang Tuah Mall
  • 2.5 - 3.0 km ke roti canai kayu arang
  • 4.0 km The Shore
  • 4.0 km ke Melaka Sentral
  • 5.0 km ke Hospital Besar, Hospital Putra
  • 5.0 km ke Masjid Al Azim
  • 6.0 km ke IPG Durian Daun/Stadium Tun Fatimah


    • Bandar Hilir
    • 5 - 6 km ke Dataran Pahlawan/Banda Hilir/Menara Taming Sari/Muzium Samudera
    • 4 - 5 km ke Jonker Walk/Stadthuys
    • 6 - 7 km ke Mahkota Medical Center
    • 6 - 7 km ke Element Mall
    • 7 - 8 km ke Bukit Senjuang
    • 7 - 8 km ke Masjid Selat
    • 8 - 9 km ke Kampong Portugis

    • Klebang
    • 5 - 6 km ke Hospital Mandarin Oriental, Coconut Shake Klebang
    • 6 - 7 km ke Dataran 1 Malaysia
    • 6 - 7 km ke Muzium Maritim
    • 6 - 7 km ke Pantai Klebang
    • 4 - 5 km ke Keria Antarabangsa

  • Ayer Keroh/MITC
  • 12 km ke ke Bayou Lagoon
  • 11 km ke ILP Bukit Katil dan Sekolah Menengah Vokasional Bukit Katil
  • 8 km ke Pantai Hospital
  • 7 km ke Pusat latihan KASTAM
  • 9 km ke Melaka MALL, Dataran MBMB, Dewan Taming Sari
  • 12 km ke Dewan Tun Ali, Kompleks Sri Negeri, Kompleks KDN dan Taman Seribu Bunga
  • 12 km ke MITC, Melaka Wonderland, Birds Park, Taman Botanikal, Tasik Ayer Keroh, Zoo Melaka,
  • 13 km ke Muzium Orang Asli
  • 14 km ke Melaka International Motor Sport
  • 16 km ke UTEM Durian Tunggal
  • 10 km ke Multimedia University, Jalan Ayer Keroh Lama
  • 12 km ke Menara Persekutuan dan Masjid Al Alami serta Planetarium dan MITC
  • 12km ke Melaka International Bowling Center

  • Medan Ikan Bakar dan Asam Pedas
  • 12 km ke Medan Ikan bakar Alai, Muara Sungai Duyung
  • 13 km ke Medan Ikan Bakar Umbai
  • 9 km ke Asam Pedas Pak Man Ujong Pasir 
  • 12 km ke Restoren Asam Pedas Pak Man Bukit Katil 

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top